Pekerja pembersihan berubah jadi bintang setelah menang peraduan Ratu Cantik

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 22 Mar 2018 19:00:39

MAGHRIBI: Sanaa Maatat, 25 tahun, mendapat gelaran Ratu Cantik Pekerja Pembersihan (Miss Cleaners) di Maghribi dan hasilnya beliau menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas orang ramai mengongsikan gambar-gambarnya di media sosial.

Ramai yang tidak peryaca bahawa Maatat bekerja sebagai pembersih dan pengutip sampah, kerana beliau amat cantik dan mempunyai kulit yang bersih.

Meskipun beliau berkata bahawa raut wajahnya yang cantik itu boleh mendapatkan kerja yang lebih baik, beliau berkata beliau bangga dengan apa yang dilakukannya dan tidak memikirkan untuk mengubah pekerjaan.

Maatat, juga seorang ibu kepada dua orang anak, berkata bahawa beliau bekerja untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga, yang turut menambah bahawa membersihkan jalan raya merupakan baktinya kepada negara.

Beliau bukan hanya mendapat gelarannya itu dengan kecantikannya tetapi kerana disiplinnya di kerja kerana ini salah satu syarat yang ditetapkan pengurus pertandingan ratu cantik OZONE Environment & Services.

"Memenangi gelaran ini akan menyumbang kepada penghormatan kepada semua pekerja pembersihan wanita dan mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik dalam melaksanakan kerja mulia ini," kata Maatat.  

- Agensi Berita/FA/fa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts