91 pelajar SMKADHA peroleh 11A

by Oh! Semput


1
SHARES
15
VIEWS
Posted on 19 Dec 2016 10:00:50

91 pelajar terbaik SMA Datuk Haji Abbas bergambar bersama kakitangan sekolah. – Foto Zarina Abdullah.

KUALA NERUS: Seramai 91 daripada 261 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas (SMKADHA), Tok Jiring, di sini, memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Bekas Pengetuanya, Awi Salleh, berkata keputusan diperoleh adalah yang terbaik berbanding hanya 33 pelajar memperoleh 11A, tahun lalu.

Beliau yang baru lima hari ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berkata, program guru muda yang dilaksanakan di sekolah itu sejak tiga tahun lalu adalah antara penyumbang utama kejayaan memperoleh keputusan cemerlang itu.

Pengetua baharu SMKADHA, Awang Abdullah, berkata pihaknya akan meneruskan program sedia ada, selain akan menambah baik beberapa elemen baharu.

“Pelaksanaan di sekolah lama sebelum ini iaitu di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman akan dibawa masuk ke sekolah ini nanti kerana kita sedia maklum SM Imtiaz adalah sekolah elit yang melahirkan pelajar cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Nur Alieya Mohd Zulkafli, 15, tidak menyangka memperoleh keputusan 11A berikutan hanya mendapat 6A dalam peperiksaan percubaan.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, beliau banyak mengulangkaji mata pelajaran yang lemah dan sering bertanya guru untuk rujukan tambahan.

“Saya derkejut dengan keputusan cemerlang ini dan ini adalah hadiah untuk ibu bapa saya,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts