Pelajar usia 15 tahun menjadi jutawan dari hasil jualan gula-gula di sekolahnya

by Oh! Semput


13
SHARES
173
VIEWS
Posted on 13 Jul 2017 10:01:13


Nathan Baptiste yang berusia 15 tahun ini telah digelar sebagai "Wolf of Walthamstow" kerana dia memperoleh 62,648 Usd setahun bersamaan RM 277,490.13 atas berkat usaha dan semangat keusahawanannya.

Beliau yang mulakan perniagaannya dengan menjual gula-gula dan minuman ringan kepada rakan sekelasnya pada usia 12 tahun masa rehat di sekolahnya. Dengan hanya 6 Usd, RM 27 sebagai modal permulaan, dia membuka kedainya sendiri dalam tandas lelaki pada waktu rehat. Hari demi hari perniagaannya semakin berkembang sehingga modal yang seterusnya adalah 230 Usd, RM1,035 sehari dengan mempunyai 11 kakitangan di tiga buah sekolah.



Dia menggunakan Snapchat untuk mempromosikan produk di kedainya dan akan menerima mesej dari kakitangannya. Walaubagaimanapun, sekolah dapat mengesan operasi yang dijalankan oleh dan meminta beliau untuk berhenti.

Namun sebagai anak muda yang gigih, Nathan tetap terus menjalankan perniagaan tanpa menghiraukannya.



Nathan berkongsi cerita ketika usianya 11 tahun, dia mula terinspirasi dengan seorang lelaki yang bernama Carl, ketika itu dia adalah seorang jutawan dan kata-kata yang diberikan olehnya adalah " seseorang itu mampu untuk menjadi apa sahaja yang dia inginkan". Kata-kata ini bergema difikiran Nathan. Dia mula melepaskan gaya hidup dengan kawan-kawannya dan memulakan jalannya sendiri.

Dengan pendapatan mingguan sebanyak 1,200 Usd, RM5,400. Dia sudah merancang untuk menceburi bidang pelaburan dan bercita-cita untuk menjadi seorang broker saham.

Kini, jutawan muda ini sedang menjalani latihan musim panas selama dua minggu dengan syarikat jualan hartanah.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts