by Oh! Semput
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian berbeza mengenai bantahan pelajar ketika beliau dalam kerajaan dan pada masa kini.
Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran, pelajar Melayu mendapat pendidikan tinggi dengan dibayar oleh pembayar cukai.
Menurut mantan perdana menteri itu, ramai daripada mereka tidak cemerlang dalam pembelajaran dan oleh itu, sepatutnya memberi tumpuan kepada pelajaran dan bukannya berdemonstrasi.
“Jika mereka mahu berdemo, lakukannya selepas tamat pengajian apabila mereka tidak lagi ditaja oleh sesiapa,” ujarnya.
Tambah beliau, pada masa itu, polis dan Parlimen juga masih boleh dipercayai.
Bagaimanapun, kata Mahathir, keadaan sekarang adalah berbeza dengan mendakwa terdapat kelemahan dalam kedaulatan undang-undang yang menuntut protes daripada para pelajar.
“Sebab itu, saya mengambil bahagian dalam himpunan BERSIH dan sokong (aktivis pelajar) Anis Syafiqah Md Yunos dalam menganjurkan bantahan #TangkapMO1,” jelasnya.
Mahathir berkata demikian pada forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang turut menampilkan Anis Syafiqah, malam ini di pejabat Malaysiakini.
[Baca berita penuh]
Category: Semasa