Pelakon Terkenal Didakwa 2 Tahun Tak Bayar Sewa, Anggap Pemilik Rumah ‘Terdesak’ – “Sabar Dan Tunggu Je…”

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 10:02:45

Isu membabitkan seorang pelakon filem dan drama terkenal hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang individu mendakwa selebriti berkenaan gagal membayar sewa rumah selama dua tahun.

Lebih mengejutkan, pelakon itu didakwa menuduh pemilik rumah sebagai ‘terdesak’ apabila diminta menjelaskan bayaran tertunggak.

Advertisement

pelakon lelaki

pelakon

Menerusi satu perkongsian yang tular, tuan rumah berkenaan mendakwa telah menyediakan kediaman dalam keadaan baik untuk penyewa tersebut. Namun selepas dua tahun diduduki, rumah berkenaan dikatakan mengalami kerosakan teruk sehingga memerlukan kos baik pulih mencecah ribuan ringgit.

Individu itu turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan dia berkali-kali bertanya mengenai bayaran sewa. Namun menurutnya, jawapan yang diterima amat mengecewakan dan tiada penyelesaian konkrit diberikan.

Sewa

sewa

Difahamkan, penyewa tersebut telah pun keluar dari kediaman berkenaan, namun tunggakan sewa selama dua tahun masih belum dilunaskan sepenuhnya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pelakon yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut. Isu berkenaan terus menjadi perbualan netizen yang menunggu penjelasan lanjut daripada pihak terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah Amin AMira Othman
2026-03-02 11:37:16

(VIDEO) Amira Othman & Fattah Amin Tegur 'Haters' Gara-Gara Dikecam Melampau - "Kenapa Stalk Kami? Kau Kenapa Nyah?"

Pelakon Terkenal Didakwa 2 Tahun Tak Bayar Sewa, Anggap Pemilik Rumah ‘Terdesak’ – “Sabar Dan Tunggu Je…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts