Pelakon Wanita Jawab Dakwaan Sudah Kahwin Dengan Jejaka Bersekedudukan – “Hati Tengah Berbunga Tapi Biarlah…”

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 09 Aug 2026 03:02:36

Pelakon Ruhainies menafikan dakwaan kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan seorang lelaki berkedudukan.

Malah, pelakon berusia 33 tahun itu mengakui terkejut apabila cerita mengenai perkahwinan tersebut timbul.

Advertisement

Masih Belum Bertemu Jodoh

Menurut Ruhainies, keinginan untuk mendirikan rumah tangga sememangnya ada, lebih-lebih lagi pada usianya sekarang. Bagaimanapun, dia masih belum dipertemukan dengan jodoh.

“Tidak adalah. Pada umur begini, hasrat untuk berumah tangga semestinya ada. Namun, masih belum ditakdirkan untuk saya bertemu jodoh lagi.

“Tetapi, insya-Allah, sekiranya ada berita gembira, semestinya saya akan kongsikan dengan semua.

“Apatah lagi saya figura awam, jadi buat apa hendak sorok-sorok kerana boleh timbul fitnah pula.”

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Maglifestyle sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di KLCC.

Kerap Terima Bunga, Ruhainies Akui Sedang Bahagia

Mengulas mengenai dirinya yang dilihat kerap menerima jambangan bunga sejak kebelakangan ini, Ruhainies menjelaskan perkara tersebut merupakan sesuatu yang biasa memandangkan dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran.

Dalam masa sama, pelakon drama Hello, Mr Perfect itu mengakui kini sedang melalui fasa kehidupan yang menggembirakan. Namun, apabila ditanya sama ada hatinya sudah dimiliki seseorang, Ruhainies memilih untuk merahsiakannya.

“Boleh dikatakan hati saya sedang berbunga dan sangat bahagia. Tapi biarlah rahsia.”

Isu Vendor Sajian Hanya Salah Faham

Dalam perkembangan lain, Ruhainies turut mengulas mengenai kekecohan membabitkan seorang vendor sajian ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Menurutnya, perkara tersebut hanyalah salah faham dan dia menafikan dakwaan bahawa pembantu peribadinya (PA) meminta tajaan daripada pihak berkenaan.

Sebaliknya, Ruhainies menjelaskan PA-nya hanya meminta potongan harga.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Vendor itu sangka PA saya hendak minta tajaan.

“Tetapi, sebenarnya PA saya hanya minta diskaun. Pada mulanya kami diberitahu harga lain. Mungkin harga itu belum termasuk kos penghantaran.

“Saya tidak salahkan mereka. Cuma kalau tak setuju, boleh saja beritahu dan bincang. Bukan dengan cara tularkan aib orang.

“Ini bukan zaman buka aib, lebih-lebih lagi dalam mencari rezeki. Janganlah buat teknik pemasaran yang tidak baik.”

“Janganlah Tunggang Nama Saya”

Ruhainies turut berpendapat tindakan mengaibkan namanya bukan sesuatu yang wajar, apatah lagi selepas reputasinya pernah terjejas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya bukan nak cakap diri saya baik, tapi fikirkan juga soal keberkatan. Saya takkan buat pemasaran yang tidak baik demi menaikkan jenama tetapi menganiaya orang lain.

“Tidak baiklah buat macam itu, sebab sudah tahu nama saya kurang baik sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Apabila sudah tahu orang tidak suka saya, janganlah tunggang nama saya supaya orang jadi lagi tidak suka,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-09 09:32:24

"Bini Kat Rumah Punya La Bertutup.." - Shukri Yahaya Dikecam Tunjuk Aksi Tidak Senonoh Dalam Foto

Pelakon Wanita Jawab Dakwaan Sudah Kahwin Dengan Jejaka Bersekedudukan – “Hati Tengah Berbunga Tapi Biarlah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts