Pelaksanaan Pasport 10 Tahun Dalam Fasa Akhir

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 22 Jul 2024 14:30:20

Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata setakat ini, pihak kementeriannya menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek.

Jelasnya, pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara.

Pasport lima tahun ini kadang-kadang banyak cop, contohlah. Jadi, kelompok ini mungkin kalau bagi pilihan ada pasport 10 tahun, dia akan ambil. Untuk itu, dia kena bayar lebih sebab lebih muka surat.

Beliau sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.

{suggest}

: BERNAMA

Pelaksanaan Pasport 10 Tahun Dalam Fasa Akhir WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts