by Oh! Semput
Seiring pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) minggu lalu, Maybank memaklumkan bahawa pengguna yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR melalui aplikasi MAE.
Selain Kemboja, kemudahan pembayaran QR rentas sempadan ini turut tersedia di Singapura, Indonesia, Thailand dan China.
Bagi pengguna Malaysia yang melancong ke mana-mana lima negara tersebut, termasuk Kemboja, pembayaran QR di kedai fizikal boleh dilakukan dengan mengikuti langkah berikut:
Sebelum ini, dalam fasa pertama pelaksanaan, Maybank telah membolehkan pelancong dari Kemboja membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR di Malaysia melalui aplikasi Bakong.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran QR rentas sempadan melalui aplikasi MAE, layari laman rasmi Maybank.
{suggest}
Pelancong Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi MAE WISER.MY.