by Oh! Semput
Data dari ToyyibPay, platform pembayaran yang membolehkan perniagaan dan organisasi menerima pembayaran dalam talian didakwa telah bocor dan dijual di Breach Forums.
Ia melibatkan data bersaiz 12GB yang terdiri daripada beberapa maklumat penting seperti nama pelanggan, alamat e-mel, nombor telefon dan pautan aplikasi yang menerima bayaran melalui ToyyibPay.
Kebocoran data itu telah didedahkan di laman Breach Forums.
Setakat ini, belum ada sebarang respon dari pihak ToyyibPay berkenaan dakwaan insiden tersebut.
https://www.facebook.com/share/GwMciGx2Dxhd8PNr/