Ini Peluang Jadi Pemain Bola Sepak Pro Tanpa Abai Pelajaran Seperti Chiellini

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 Dec 2019 05:03:21



“Main bola sepak sahaja belum cukup untuk seorang pemain profesional.”

Itulah nasihat daripada pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Turin – juga pemain kebangsaan Itali dan Juventus, Giorgio Chiellini. Petikan ayat ini adalah daripada artikel kami pada 18hb Oktober 2019 yang lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu berkata: “Sebagai pemain bola sepak, pada usia 20 tahun anda akan rasa tidak dapat dicabar dan mampu buat apa sahaja dalam bola sepak.”

“Tetapi pada usia 35 tahun, kerjaya anda sebagai pemain bola sepak hampir berakhir dan hanya dapat bermain bola sepak sahaja tidak cukup.”

“Hanya beberapa pemain sahaja yang berjaya mencari pekerjaan dalam bola sepak. Terdapat juga risiko kemurungan dan masalah kewangan kerana pemain tidak memikirkan apa yang mereka bakal lakukan. Mereka tidak membuka fikiran mereka dengan belajar.

“Setiap pemain bola sepak mempunyai selera yang berbeza dan mereka boleh memilih jalan mana yang mereka mahu pergi selepas bola sepak. Tetapi yang penting adalah melakukan sesuatu. Anda perlu memikirkan kehidupan selepas bola sepak pada permulaan kerjaya anda, bukan pada akhirnya.”

Embed from Getty Images

Kita semua sedia maklum bahawa ramai dikalangan anak-anak muda bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional – mewakili negara atau sekurang-kurangnya merasa untuk menyarung jersi skuad belia atau presiden negeri masing-masing.

Persoalannya: berapa ramai pemain-pemain muda yang berbakat berjaya melonjakkan diri ke peringkat tertinggi?

Sebenarnya ada satu program yang menarik telah pun diperkenalkan oleh Kolej MIB pada awal 2018, untuk memberi peluang kedua kepada pemain-pemain muda menjadi pemain profesional.

Bukan sekadar membuka ruang untuk ke arah profesional, tetapi juga membekalkan segulung diploma sekiranya hasrat untuk menjadi pemain profesional tidak kesampaian.

Dalam masa yang singkat ini, Kolej MIB telah berjaya merangkul beberapa kejuaraan seperti Juara Masiswa 2018, Juara Liga Komuniti Isma, Naib Juara Liga Soccer Sunarize 2018, tempat ketiga Liga M4 Shah Alam 2019 dan juga Juara Malaysia Teqball Challenger Cup 2019 (mengalahkan pemain negara).

Ilmu dan sukan berpisah tiada. Dua pelajar atlet MIB muncul juara kategori “Doubles” dalam Kejohanan Malaysia Teqball…

Posted by MIB Football Club on Sunday, October 13, 2019

Kolej MIB juga merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi berstatus kolej yang layak ke Liga Bola Sepak IPT yang rata-rata terdiri daripada pasukan-pasukan universiti yang jauh lebih berpengalaman.

Liga IPT Suku Akhir: UKM (3)-(2) MIB COLLEGE.Pengalaman pertama para pemain MIB College di peringkat ini.TAHNIAH…

Posted by MIB Football Club on Friday, November 15, 2019

Diperingkat individu pula, dua pemain Kolej MIB telah disunting PDRM FC untuk ke kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini. Manakala seorang pemain Kolej MIB terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan Sukan Universiti Korea 2019.

Seorang pemain Kolej MIB yang bakal menamatkan pelajarannya telah pun disenarai pendek untuk diserapkan dalam skuad Piala Presiden Kelantan untuk musim hadapan. Lebih membanggkan tiga orang pelajar Kolej MIB mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Teqball di Budapest Hungary.

MIB COLLEGE KE PIALA DUNIA!!!Hari yang amat membanggakan buat MIB College di mana tiga pelajar-atlet kami telah…

Posted by MIB Football Club on Wednesday, November 20, 2019

Ada juga beberapa pemain yang pernah mewakili skuad presiden negeri yang tidak berjaya diserapkan ke skuad senior, menyambung pelajaran ke Kolej MIB.

Tamat pengajian nanti, mereka bukan sekadar berjaya mendapatkan segulung diploma menjamin masa depan, malah turut dapat mengekalkan prestasi bola sepak supaya tidak merudum apabila mula belajar.

Ini kerana pemain-pemain Kolej MIB mendapat bimbingan jurulatih berpengalaman yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan, Hasmawi Hassan. Bekas pemain Kedah ini turut dibantu oleh penolong jurulatih, Samsuddin Yusoff (bekas jurulatih NFDP Timur Laut, Pulau Pinang) dan bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Kadir.

Pelajar-pelajar yang tdak mahu bermain tetapi ingin belajar selok-belok pengurusan bola sepak juga boleh memohon. Kolej MIB menawarkan pelbagai program seperti ‘Sales & Marketing for Football Clubs’ dan kursus penganjuran kejohanan oleh ikon-ikon berpengalaman dalam industri bola sepak yang turut dijalankan di Kolej MIB dari semasa ke semasa.

Kelayakan masuk minimum untuk Program Pelajar Atlet adalah:
1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit
2) Lulus SVM dengan PNGK 2.0, PNGK Vokasional 2.67, Kepujian BM 1104 dan kompeten dalam modul vokasional.

Jika anda berminat dengan peluang melanjutkan pelajaran di Kolej MIB, sila klik pautan di bawah:

[KLIK SINI] SAMBUNG BELAJAR DI KOLEJ MIB

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...