“Dia peluk erat & cium saya banyak kali…” – Bapa dedah sikap aneh anak sebelum lemas

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Jul 2020 18:06:52



Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di sebatang anak sungai di Kampung Loh Karai, Enggor dekat sini semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Danish Irfan Mohd Baharudin, 6, ditemui orang awam pada pukul 10.08 pagi dalam keadaan terapung kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dipercayai hanyut.

Jurucakap bomba memberitahu, pasukan mencari kemudian membawa naik mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pagi semalam gerakan mencari mangsa dilakukan pada pukul 8 pagi melibatkan 35 anggota terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan dibantu orang awam…”

alt

alt

alt

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Baharudin Mohd Nor, berkata dia sudah pun melarang mereka untuk ke sana memandangkan anak-anaknya itu sudah dua hari turun bermandi-manda di sungai.

Malah, Mohd Baharudin memberitahu sehari sebelum kejadian, anak bongsunya yang disifatkan sebagai seorang yang ceria itu telah meminta untuk tidur bersamanya.

“Dia minta tidur bersama saya malam semalam dan pelukan dia sangat erat dengan cium berkali-kali seolah-olah tahu dia akan pergi…”

alt

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang, mangsa lemas semasa mandi manda bersama rakan-rakan di Sungai Perak.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.06 petang menghantar sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Sungai Siput ke tempat kejadian.

Operasi mencari turut dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Kuala Kangsar, polis, Angkatan Pertahanan Awam.

: Sinar Harian & Perak Gazzette

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...