Pelukan sifu lebur gundah gulana

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 05 Jul 2017 22:00:57

Kuala Lumpur: Ini yang dikatakan sifu kerana melalui teknik pelukan terhadap pemain, ketua jurulatih perseorangan lelaki Datuk Misbun Sidek mampu mendapat gambaran awal terhadap anak buahnya sebelum melakukan latihan.

Menurutnya, dengan memeluk pemain, beliau dapat merasa sendiri sama ada seseorang itu berada dalam keadaan berdebar-debar atau tidak puas hati.

“Macam-macam yang saya dapat rasa melalui teknik ini, kerana saya mahu sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan pemain dan merasai isi hati mereka.

“Selepas itu kita tengok bagaimana mana untuk mengerah kudrat mereka kerana ia tanggungjawab saya,” kata bekas pemain perseorangan lelaki negara itu.

Jelasnya, beliau tidak mahu menangguhkan tindakan yang harus dilakukan dalam meningkatkan kembali mutu dan kualiti pemain perseorangan lelaki negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts