Dua Pemain Glasgow Celtic Terselamat Daripada Kemalangan Jalan Raya

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 15 Jul 2018 15:03:36

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang boleh menggambarkan perkara buruk tidak dapat disangka akan berlaku. Dan itulah apa dihadapi oleh dua orang pemain kelab Scotland, Glasgow Celtic.

Terkejut

Olivier Ntcham memandu sebuah kereta dan dinaiki oleh rakan sepasukannya, Odsonne Edouard. Olivier telah melanggar sebuah kenderaan lain dan memasuki semak di tepi jalan raya.

Kejadian itu berlaku pada tengah hari dan mereka sebenarnya dalam perjalanan ke pusat latihan. Para pemain Celtic diberikan rehat setengah hari selepas tiba dari Armenia.

Pada hari sebelumnya, Glasgow Celtic berjaya menewaskan kelab Armenia, Alashkert dalam saingan pusingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Eropah.

Rakan sepasukan mereka, Moussa Dembele yang memandu kenderaan di belakang segera memberikan bantuan setelah menyedari kejadian itu berlaku.

Tiada kecederaan

Rakan sepasukan tiba memberi bantuan. : The Scottish Sun.

Mujurlah kedua-dua pemain itu terselamat dari kemalangan itu. Pemandu kenderaan lain yang berusia 54 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Namun begitu, pemandu malang itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Pengurusan kelab mengesahkan kejadian itu melibatkan dua orang pemain mereka. Namun, kelab tidak membuat sebarang komen mengenai kejadian ini sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

Muncul di pusat latihan

Pemain-pemain tersebut hadir ke sesi latihan pada keesokan harinya. Brendan Rodgers lega apabila anak buah tidak mengalami kecederaan dek kemalangan tersebut.

Mereka menyambung sesi latihan bagi menghadapi aksi timbal balik di Celtic Park pada 18 Julai.

Dalam aksi di Yerevan tempoh hari, The Hoops membelasah tuan rumah tiga gol tanpa balas. Odsonne Edouard menyumbangkan malam gemilang buat pelawat.

Sekiranya kelab Glasgow itu berjaya mengatasi Alashkert, mereka dijadualkan bertemu sama ada Valur (Kepulauan Faroe) atau Rosenborg (Norway) untuk pusingan kelayakan kedua.

Pesanan kami, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Walaupun anda pemain bola sepak di kelab ternama!

Sementara itu dalam perkembangan lain, Celtic menang 4-1 pada perlawanan pra-musim bertemu Standard Liege semalam.

Odsonne Edouard yang terlibat dalam kemalangan itu membuka tirai jaringan pada minit ke-15.

Moussa Dembele, Callum McGregor dan Micheal Johnston menambah jaringan Celtic sebelum Doje Cop menghasilkan gol saguhati buat pelawat.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts