by Oh! Semput
Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media – termasuk video dan audio yang popular dalam kalangan pengguna desktop. Ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, kini pembangunnya berkongsi menyatakan pemain media tersebut kini telah dimuat-turun lebih 7 bilion kali. Muat-turun ini berlaku rentas platform, termasuk pada peranti mudah-alih.
Pemain media ini telah diperkenalkan pada pertama kalinya, ketika 2001 yang lepas, iaitu sekitar 25 tahun lepas. Ketika itu, ramai bergantung kepada desktop untuk mengakses kandungan video dan audio, dan VLC menawarkan penyelesaian sokongan untuk pelbagai format video dengan mudah melaluinya, tanpa memerlukan pengguna memasang codec berbeza pada komputer mereka.
Sebelum ini, VLC mencapai angka muat-turun 5 bilion pada Mac 2024, dan seterusnya mencapai angka muat-turun 6 bilion pada Januari 2025. Ketika itu juga, pihak VLC memperlihatkan sokongan penjanaan sarikata dikuasakan kecerdasan buatan menggunakan pemain media mereka.
Terkini, pihak pembangun VLC dalam pembangunan verci VLC 4.0, namun tiada sebarang tarikh pelancaran dikongsikan buat masa ini.