by Oh! Semput
Menteri Kementerian Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, pembangunan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp kini dalam fasa akhir.
Chatbot dalam aplikasi WhatsApp yang dibangunkan itu berteraskan AI (kecerdasan buatan) bertujuan bagi mengekang penularan berita palsu.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu.
Antara isu teknikal yang sedang diteliti adalah seperti memastikan aplikasi berkenaan akan dapat menjawab isu-isu dibangkitkan terutama dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.
{suggest}
: BERNAMA
Pembangunan Chatbot Dalam WhatsApp Di Fasa Akhir – Fahmi Fadzil WISER.MY.