Pembelian hotel di London: SPRM buka kertas siasatan

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 14 Jul 2017 06:00:09

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat maklumat baharu berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel tersebut.

Katanya, pasukan tersebut juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperolehi.

"Menerusi maklumat siasatan awal yang diperolehi, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts