Pembunuh duta guna kad pengenalan polis

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 17:01:10

MEVLUT Mert Altintas (kanan) tidak melalui pemeriksaan keselamatan pengesan logam ketika masuk ke pameran itu. – Foto AFP

ANKARA: Polis Turki yang membunuh duta Russia di negara itu, Andrei Karlov, di sebuah pusat pameran menggunakan kad pengenalan polis miliknya untuk masuk ke acara itu.

Jurucakap Perbandaran Cankaya di mana pameran itu dianjurkan berkata, Mevlut Mert Altintas, 22, tidak melalui pemeriksaan keselamatan pengesan logam ketika masuk ke pameran itu dan turut diberi amaran oleh seorang pegawai keselamatan.

Namun, katanya, selepas menunjukkan kad pengenalan polis, beliau dibenarkan masuk.

Katanya, Pusat Seni Kontemporari (CSM), yang menganjurkan pameran itu sering digunakan banyak kedutaan dan mempunyai alat pengimbas x-ray serta kamera keselamatan, selain lima kakitangan keselamatan bertugas.

Akhbar Hurriyet menambah, Altintas yang pernah bertugas sebagai polis antirusuhan Ankara selama dua tahun setengah, menginap di sebuah hotel berhampiran untuk bersiap melakukan serangan terbabit.

Katanya, Altintas yang tidak bertugas pada hari itu memakai sut dan tali leher serta bercukur di hotel sebelum menuju ke pusat pameran.

Beliau kemudian dibunuh polis dalam satu insiden berbalas tembakan selama 15 minit.

Altintas dilahirkan di bandar Soke, wilayah Aydin, barat Turki dan pernah menyertai sekolah persediaan khas yang melatih anggota polis. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts