"Pemergian BJ Habibie Satu Kehilangan Besar" - Tun Dr Mahathir Mohamad

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 02:00:14



Kamaruddin Razal
Berita

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie sebagai satu kehilangan yang besar.

Pada masa sama, Dr Mahathir turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pemergian bekas presiden ketiga negara itu, lapor Astro Awani.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pulangnya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie.

“Sesungguhnya pemergiannya satu kehilangan besar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah,” katanya menerusi perkongsian di Twitternya pada Rabu.
 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pulangnya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie. Sesungguhnya pemergiannya satu kehilangan besar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Al Fatihah.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 11, 2019

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyampaikan ucapan belasungkawa menerusi Twitternya.

“Belasungkawa atas pemergian Bapak Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) Mantan Presiden Republik Indonesia yang telah kembali mengadap Khalik-Nya sebentar tadi,” titipnya.

Belasungkawa atas pemergian Bapak Bacharuddin Jusuf Habibie (B.J. Habibie) Mantan Presiden Republik Indonesia yang telah kembali mengadap KhalikNYA sebentar tadi.https://t.co/6KUqdkha7f

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) September 11, 2019

Terdahulu, Habibie dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun pada jam 6.05 petang Rabu.

BJ Habibie, 83 tahun, menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya. Perkara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.

Difahamkan Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

: Astro Awani

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...