Pemimpin BN perlu perkukuh kedudukan masing-masing

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 19 Jan 2018 21:00:21

Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemimpin BN perlu perkukuh kedudukan masing-masing

19 JAN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil mudah kedudukan mereka kerana landskap politik dunia membuktikan bahawa mana-mana pemimpin boleh disingkirkan oleh rakyat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang berada di atas, sekali gus membentuk kerajaan untuk mentadbir negara.

“Sehubungan itu adalah penting bagi pemimpin untuk menjejaki rakyat di bawah termasuk ahli yang sudah berdaftar dengan kita supaya memilih BN untuk memastikan kelangsungan pentadbiran negara.

“Ini kerana landskap dunia sudah berubah…kalau kita tengok apa yang berlaku di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Timur Tengah (Asia Barat)…mungkin dalam sejarah dunia tidak ada mana-mana pemimpin yang boleh mengambil mudah kedudukan mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera BN Kedah malam ini.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, adalah penting bagi pemimpin untuk mendekati rakyat termasuk golongan muda kerana mereka yang akan menentukan masa depan kerajaan kelak.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, Hishammuddin berkata, beliau percaya hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding sama ada di Kubang Pasu atau Langkawi, Kedah hanyalah berkisar kepada pertimbangan politik sementara.

“Niat itu tidak boleh dibiarkan malah gerakan kesedaran daripada jentera parti harus dijalankan di peringkat akar umbi untuk menyedarkan mengenai perkara itu.

“Jentera kita di Kedah mesti menyampaikan mesej kerana mungkin ada pihak di luar sana yang keliru atau mungkin beremosi atau ada sentimen peribadi terhadap perkara ini, ” katanya.

Share This:

Sila Tularkan Berita ini:

Like Loading...

Share

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts