Peminat Kucing Patut Pasang Aplikasi Ini Bagi Pantau Prestasi PC Windows Dan Mac Anda

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 25 Jun 2026 11:00:21

Jika anda peminat kucing khususnya, ia sudah cukup untuk menjadi alasan untuk anda memasang aplikasi ini ke dalam komputer anda.

Di samping itu, anda juga dapat memantau prestasi komputer yang sedang anda gunakan.

Dikenali sebagai RunCat, ia merupakan aplikasi utiliti untuk komputer yang menjadikan pemantauan sistem komputer anda jadi lebih menyeronokkan.

RunCat memaparkan seekor kucing kecil berlari di bar menu, dengan kelajuan larian yang berbeza mengikut tahap penggunaan CPU, GPU atau memori.

RunCat juga tersedia dengan permainan ringkas.

Semakin tinggi beban kerja komputer anda, semakin pantaslah kucing itu berlari.

Selain itu, RunCat turut memaparkan maklumat penting seperti penggunaan memori, storan, bateri dan prestasi rangkaian.

Aplikasi ringkas ini tersedia untuk PC Windows dan macOS menerusi Microsoft Store dan Mac App Store secara percuma.

{suggest}

Peminat Kucing Patut Pasang Aplikasi Ini Bagi Pantau Prestasi PC Windows Dan Mac Anda WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts