Pemuda UMNO Maran Tolak Dakwaan Wakil Pemuda PAS, Peruntukan RM15,000 Seminggu Bukan Dana ‘Senjata Politik’ UMNO Pahang

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 15 Apr 2026 20:02:01

KUANTAN: Pemuda UMNO Bahagian Maran menyelar dakwaan dilemparkan wakil Pemuda PAS Pahang di media sosial dan menyifatkan ia ‘fitnah murahan’ yang bertujuan merosakkan reputasi kerajaan negeri.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan, sayap pemuda itu menyifatkan tuduhan tersebut bukan sahaja jelik, malah mencerminkan ketandusan integriti selain percubaan untuk mengelirukan rakyat melalui propaganda picisan.

“Isu utama dibangkitkan adalah peruntukan tambahan RM15,000 seminggu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Pemuda UMNO Maran menegaskan bahawa dana itu bukanlah dana politik, ia adalah instrumen pentadbiran rasmi yang melalui prosedur ketat.

“Setiap pengeluaran tertakluk kepada akauntabiliti dan pemantauan pihak berkuasa dan ia diwujudkan khusus untuk mempercepatkan penyampaian bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup.

“Hanya mereka yang malas memahami sistem atau sengaja membutakan diri sahaja yang akan terus menabur cerita karut ini,” tegas kenyataan itu.

Pemuda UMNO Maran turut dengan amalan ‘politik longkang’ yang digunakan pihak lawan.

Katanya, ketika rakyat memerlukan solusi konkrit terhadap bebanan ekonomi, tindakan memutar belit fakta dianggap sebagai satu bentuk oportunisme tidak bermaruah.

“Kebebasan bersuara bukan lesen untuk berbohong… lidah tidak sepatutnya dijadikan senjata pemecah belah dalam kalangan rakyat.

“Kami tidak teragak-agak untuk terus membongkar setiap pembohongan dan menangkis tuduhan liar demi mempertahankan kebenaran,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, seorang pimpinan Pemuda PAS Pahang membuat hantaran di Facebook dengan mendakwa tindakan Wan Rosdy menyalurkan peruntukan khas RM15,000 setiap minggu kepada wakil rakyat kerajaan sebagai ‘merompak’ hak Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang. #TheMalaysiaPress

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts