Pemuda PAS Rompin Yakin Tawan DUN Muadzam Serta Tioman, Pertahankan DUN Bukit Ibam Dan Parlimen Rompin Pada PRU-16 Nanti

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 19 May 2026 10:01:51

ROMPIN: “Pemuda mesti terus bekerja bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” kata Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad.

Menurut beliau, keyakinan untuk memperkukuhkan pengaruh PAS dan Perikatan Nasional di kawasan Rompin terus berada pada tahap positif berdasarkan gerak kerja yang sedang dilaksanakan oleh jentera parti khususnya golongan pemuda.

“Kita ulangi keyakinan bahawa akan tawan DUN Muadzam Shah dan Tioman di samping mempertahankan DUN Bukit Ibam dan Parlimen Rompin,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin Ke-37 di Muadzam Shah, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar.

Nazri turut menegaskan bahawa perjuangan tersebut memerlukan kesungguhan serta komitmen berterusan daripada seluruh jentera parti.

Ini, katanya bagi memastikan momentum sokongan rakyat terus diperkasakan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kerja ini mungkin sukar tetapi tidak mustahil dan keyakinan akan kita capai sasaran ini dengan gerak kerja yang telah kita lakukan,” ujarnya yang juga ADUN Bukit Ibam.

Dalam masa sama, beliau menyeru saf pemuda agar terus menjadi tenaga utama parti dalam mendekati masyarakat serta memperkukuhkan agenda perjuangan Islam dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi. #Harakahdaily 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts