by Oh! Semput
Seorang pemuda tahan sebak jumpa semula bibik yang jaga waktu kecil apabila diberi peluang bertemu di Indonesia.
Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Muhd. Najmii, dia akui tidak dapat menjawab pertanyaan bibik kerana menahan air mata di atas pertemuan mereka yang sudah 18 tahun tidak bersua muka.
Merujuk kepada kapsyen yang disertakan, Najmi memaklumkan yang wanita warga emas yang dipanggil bibik itu telah menjaganya serta adik-beradik yang lain sewaktu kecil dan kali terakhir bersama ketika dia berusia 8 tahun.
@muhd.najmii Sejak bibik balik ke Indonesia tahun 2006 (aku darjah 2), sejak tu jugak lah aku berazam nak kumpul duit jumpa/cari bibik. Lepas bibik balik, kitorang lost contact sebab mungkin bibik tukar nombor. Tapi alhamdulillah, sepupu bibik dapat contact kitorang and bagitau bibik tinggal di mana. Alang2 kitorang pergi Cirebon untuk wedding, kitorang jemput bibik datang sebab 4-5 jam je dari kg dia. Walaupun jauh untuk bibik travel tapi kalau bukan sekarang, taktahu bila lagi. Aku bangun pagi tengok phone, mama cakap bibik ada dekat cafe hotel. Terus aku siap dan turun. Aku diri depan bibik and dia tanya “siapa ni”. Aku tak dapat nak jawab sebab tahan air mata. Mama ayah yang tolong jawab. Terus bibik bangun peluk aku. Aku tahan je air mata sebab ramai orang dekat cafe tu haha. Sampai aku takleh nak cakap betul sbb rasa sebak. Masa tak menyebelahi kita bik, tahu2 dah kena balik. Terlalu banyak benda yang saya nak cerita. Kalau boleh, dari malam bibik balik indonesia sampai lah saya besar saya nak cerita. Setiap kali saya tengok bibik orang lain, pasti saya akan ingat bibik dan makin semangat nak cari bibik. Walaupun kita dapat jumpa dan bersembang sekejap, saya gembira sangat dapat jumpa bibik. Saya harap bibik gembira dapat jumpa kami dan bangga tengok saya membesar. Terima kasih kerana menjaga kami adik beradik dengan baik. Satu hari nanti saya datang lagi ye bik