11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 11 Nov 2026 11:00:11

TikTok hari ini mengumumkan 11 pencipta kandungan yang akan mewakili Malaysia di TikTok Awards Southeast Asia 2026. Anugerah serantau ini julung kali diadakan dan pemenangnya akan diumumkan di Bali, Indonesia pada 27 November 2026.

Wakil Malaysia dipilih menerusi undian awam yang berlangsung dari 12 hingga 26 Oktober 2026. Menurut TikTok, fasa undian itu meraih lebih 5.3 juta undian. Calon yang mendapat undian tertinggi dalam setiap kategori dinobatkan sebagai wakil negara.

Di peringkat akhir, finalis dari enam negara Asia Tenggara akan dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada pakar industri serantau, termasuk wakil Sekretariat ASEAN, WPP dan TikTok.

Berikut ialah senarai wakil Malaysia:

  • Creator of the Year: @iamadamshamil
  • Rising Creator of the Year: @nabilnazrol
  • Education Creator of the Year: @sir_asai
  • Sports Creator of the Year: @amaranas_
  • Lifestyle Creator of the Year: @deadpudds
  • Food Creator of the Year: @chesayang_kitchen
  • Entertainment Creator of the Year: @leonsmeonss
  • Beauty & Fashion Creator of the Year: @gigicheoh
  • Popular Video of the Year: @moseswck
  • TikTok LIVE Creator of the Year: @ikhmaln0ur
  • TikTok Shop Creator of the Year: @sallywhoo

Pengurus Besar Operasi Kandungan TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra, berkata pencipta kandungan yang terpilih bukan sekadar berkarya. Menurutnya, mereka turut menterjemahkan minat kreatif kepada pertumbuhan ekonomi dan impak sosial yang positif.

“Merangkumi lebih 460 juta komuniti kami di Asia Tenggara, cetusan inspirasi daripada seorang pencipta kandungan sahaja sudah mampu merentas sempadan dan menyatukan kepelbagaian budaya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum), Mediha Mahmood, pula berkata kandungan digital yang dihasilkan secara bertanggungjawab berpotensi memacu kemajuan sosial dan merancakkan ekonomi.

Adam Shamil, yang mewakili Malaysia dalam kategori Creator of the Year, berkata kandungan digital kini menjadi pemangkin pertumbuhan bisnes dan membuka peluang rezeki kepada orang lain.

“Sebagai anak jati Borneo, saya bangga dapat membawa cerita dan daya kreativiti tanah air kita ke khalayak serantau yang lebih luas,” katanya.

Kesemua 11 wakil Malaysia akan ke Bali untuk bersaing dengan pencipta kandungan dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

{suggest}

11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts