PENCURI tidak dikenali yang dikatakan terdesak untuk mengumpulkan wang bagi membiayai pembedahan kakaknya, meninggalkan sekeping nota permohonan maaf di atas cermin depan kereta yang baru dicuri keempat-empat tayarnya.
Gambar sebuah kereta jenis Proton Waja di lokasi yang tidak diketahui, dengan ketiadaan keempat-empat tayar tersebar di media sosial Facebook sejak semalam.
Tayar kereta tersebut dikatakan telah dicuri sebelum itu, hanya beberapa ketul batu-bata dijadikan penyendal bagi mengelakkan badan kereta daripada mencecah permukaan jalan.
Namun pencuri yang barangkali merasa bersalah atas tindakannya telah meninggalkan satu catatan di atas sekeping kertas dengan tulisan seperti berikut:
Kepada tuan: Saya minta maaf atas sebab kesulitan mencari duit untuk membiayai modal pembedahan kakak, saya mengambil keputusan mengambil dan meminjam tayar tuan, — terima kasih maafkan saya. Dari catatan nota yang ditinggalkan, nampaknya individu yang menulis hanya mahu meminjam keempat-empat tayar tersebut kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang.
Namun entah bila pula tayar itu akan dipulangkan. Mungkin sebulan dua lagi, atau lebih lama dari itu. Apa yang pasti, pemilik kereta tentu sedang 'pening kepala' memikirkan sejumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli tayar kereta yang baru.
Mungkin juga kemarahan tuan punya kereta melihat barang kepunyaannya dicuri, sedikit reda disimbah rasa simpati terhadap pencuri yang sedang terdesak melalui catatan nota tersebut.
Setiap perkara buruk yang berlaku sentiasa datang bersama kebaikan, semoga pemilik kereta ini bersabar untuk menunggu kebaikan yang bakal menjelma tidak lama lagi. — EdisiRakyat.com, 30 September 2016
Tindakan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perhatian pengikutnya.Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi tentang sebuah perkenalan yang t
Hanya kerana tidak menjemput abang ipar untuk berbuka puasa bersama di hari pertama Ramadan, seorang wanita diceraikan oleh suaminya. Menurut wanita berkenaan, suaminya bukan sahaja tidak menjaga privasi rumah tangga mereka, malah lelaki itu mudah te
Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terpalit dengan kontroversi melibatkan konflik pengguguran nama aktor Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.Bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad enggan mengulas
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly sangat sinonim dikalangan peminat dalam segmen masakan terutama pada bulan puasa di mana ramai ternanti akan program Ketuk-Ketuk Ramadan.Pelbagai resepi masakan dikongsikan kepada para penonton pada tepat jam 12.30 teng
Iphone habis waranti? Skrin pecah pula! Ini cara claim walaupun dah waranti dah habis.Sebelum ini, pada sekitar Oktober ramai pengguna iPhone 13 Pro melalui situasi yang sama di mana peranti mereka secara tiba-tiba rosak dan berubah menjadi white screen.
KERAJAAN Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan
Kecoh artis dibayar RM40K buat job ‘sampingan’, ini antara skandal seks yang pernah mengegarkan negara!Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan laporan akhbar Utusan Malaysia tentang skandal seks membabitkan golongan artis dan instafamous
Tiga beradik lelaki dipercayai mangsa dera ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di Kangar semalam.Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yu
Ahli Parlimen Pas pernah ada yang mati kena tetak dengan kapak, Ini kronologi kes pembunuhan Samad Gul.Kami rasa ramai dari korang kalau sebut je pasal pembunuhan ahli politik, mesti akan teringat dengan kes Datuk Mazlan Idris, ahli politik UMNO, yang di