PENCURI tidak dikenali yang dikatakan terdesak untuk mengumpulkan wang bagi membiayai pembedahan kakaknya, meninggalkan sekeping nota permohonan maaf di atas cermin depan kereta yang baru dicuri keempat-empat tayarnya.
Gambar sebuah kereta jenis Proton Waja di lokasi yang tidak diketahui, dengan ketiadaan keempat-empat tayar tersebar di media sosial Facebook sejak semalam.
Tayar kereta tersebut dikatakan telah dicuri sebelum itu, hanya beberapa ketul batu-bata dijadikan penyendal bagi mengelakkan badan kereta daripada mencecah permukaan jalan.
Namun pencuri yang barangkali merasa bersalah atas tindakannya telah meninggalkan satu catatan di atas sekeping kertas dengan tulisan seperti berikut:
Kepada tuan: Saya minta maaf atas sebab kesulitan mencari duit untuk membiayai modal pembedahan kakak, saya mengambil keputusan mengambil dan meminjam tayar tuan, — terima kasih maafkan saya. Dari catatan nota yang ditinggalkan, nampaknya individu yang menulis hanya mahu meminjam keempat-empat tayar tersebut kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang.
Namun entah bila pula tayar itu akan dipulangkan. Mungkin sebulan dua lagi, atau lebih lama dari itu. Apa yang pasti, pemilik kereta tentu sedang 'pening kepala' memikirkan sejumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli tayar kereta yang baru.
Mungkin juga kemarahan tuan punya kereta melihat barang kepunyaannya dicuri, sedikit reda disimbah rasa simpati terhadap pencuri yang sedang terdesak melalui catatan nota tersebut.
Setiap perkara buruk yang berlaku sentiasa datang bersama kebaikan, semoga pemilik kereta ini bersabar untuk menunggu kebaikan yang bakal menjelma tidak lama lagi. — EdisiRakyat.com, 30 September 2016
Setiap tahun, pembayar cukai di Malaysia diberikan peluang untuk menikmati pelepasan cukai melalui kategori-kategori tertentu yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pelepasan ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dan mempromosi
Baru-baru ini, tular di TikTok dakwaan mengenai agihan bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh terkenal,Khairul Aming, yang didakwa tidak diagihkan dengan adil di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.Hantaran tersebut dibuat oleh seorang mang
vivo Malaysia telah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan kerjasama Miss Tourism International (MTI). Sesi Pengalaman Fotografi siri vivo X200 mencipta sejarah dengan Bilangan Negara Terbanyak dalam Sesi Fotografi Telefoto, menampilkan
Pelakon, Nur Fazura mendapat tumpuan netizen apabila tular sebuah video yang memaparkan dirinya meminta peminat cilik mendoakan supaya dia mendapat anak lelaki.Menerusi satu video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengendali akaun TikTok yang menggunakan nama dan logo rasmi SPRM tanpa ada tanda biru (blue tick
Personaliti media sosial, Aisar Khaled terkesan apabila melihat seorang penjual teh diketawakan pendakwah ketika sedang berjualan di sebuah majlis agama di Indonesia.Menerusi hantaran di Instagram, Aisar menyatakan hasrat untuk bertemu dengan peniaga air
SEBENARNYA:Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN):Kerajaan menafikan berlakunya kebocoran data 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti didakwa di media sosial.Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri S
Personaliti media sosial, Khairul Aming minta maaf kepada orang ramai kerana terpaksa mengakhiri misi bantuan banjir di negeri kelahirannya iaitu Kelantan.Menerusi kenyataan di Instagram Story sebentar tadi, Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan Ra
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, usahawan Singapura Ng Teck Lee yang terlibat dalam kes penyelewenganDana sebanyak SGD$72 juta akhirnya ditahan bersama isterinya, Thor Chwee Hwa, di Johor Bahru semalam.Menurut laporan Straits Times, pasangan itu
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lebih daripada itu.Baginda bertitah