Pengakuan tentera Myanmar bunuh 10 Rohingya satu "langkah positif", kata Aung San Suu Kyi

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 13 Jan 2018 09:00:20

YANGON: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi menyambut baik tindakan yang belum pernah diambil oleh tentera negara itu sebelum ini, iaitu membuat pengakuan tentang pembunuhan Muslim Rohingya.

Menurut Cik Suu Kyi, pengakuan itu adalah "langkah yang positif", menurut laporan media negara itu hari ini (13 Jan).

Setelah berbulan-bulan menafikan penderaan yang berlaku, tentera Myanmar membuat pengakuan pada Rabu (10 Jan) bahawa satu siasatan yang dijalankan mendapati empat anggota pasukan keselamatan membantu membunuh 10 yang disyaki militan Rohingya di kampung Inn Din pada 2 September.

Mayat-mayat militan dibiarkan bergelimpangan di dalam sebuah lubang yang dikorek oleh anggota pasukan keselamatan tersebut.

Sekitar 655,000 Rohingya melarikan diri dari wilayah Rakhine ke Bangladesh sejak bulan Ogos, membawa bersama mereka kisah-kisah tentang kekejaman tentera Myanmar.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia pula menuduh Cik Suu Kyi, yang juga pemenang Hadiah Nobel, sebagai gagal mengutuk keras penderaan yang berleluasa semasa tindakan tentera, menyusuli serbuan anggota militan Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Ehwal Luar Jepun semalam (12 Jan), Cik Suu Kyi menyifatkan pengakuan tentera ke atas insiden pembunuhan di kampung Inn Din Sebagai "langkah baru yang diambil oleh negara kita".

"Pada akhirnya, undang-undang negara yang memutuskan jatuh bangun negara ini. Ini adalah satu tanda positif bahawa kita sedang berusaha mengambil langkah untuk bertanggungjawab," tambah beliau, menurut laporan Global New Light Myanmar.

Tentera Myanmar mempunyai rekod penderaan hak asasi yang mengerikan sejak 50 tahun lalu.

Para pemerhati sebelum ini berharap kebangkitan pemerintah di bawah pimpinan Cik Suu Kyi pada 2016 akan membuat tentera mengubah sedikit pendekatan mereka terhadap pemberontakan dan konflik.

Tindakan keras ke atas Rohingya bagaimanapun mematahkan harapan tersebut.

Amnesty International menyifatkan pembunuhan di Inn Din sebagai "baru sedikit" dari segi kekejaman yang dilakukan sejak bulan Ogos dan menggesa siasatan yang meluas dan tidak berat sebelah dijalankan.

Namun wilayah konflik di Rakhine terus disekat dari media agensi-agensi bantuan dan para perinyu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

ARSA, kumpulan militan Rohingya, "dengan sepenuh hati" menyambut baik pengakuan tentera Myanmar sambil menyatakan ia mengesahkan dakwaan meluas tentang penderaan yang berlaku termasuk perbuatan merogol dan membunuh serta pembakaran kampung-kampung secara sistematik.

"10 mangsa Rohingya yang tidak berdosa dan dijumpai mati bukan anggota ARSA mahupun ada kaitan dengan mana-mana persatuan ARSA," menurutnya dalam satu kenyataan di laman Twitter.

PBB dan Amerika Syarikat menuduh Myanmar melakukan penghapusan kaum, dengan Ketua Hak Kemanusiaan PBB berkata ia mungkin bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Myanmar bagaimanapun menafikannya dan menyalahkan anggota militan kerana menyebabkan keganasan dan media antarabangsa serta agensi-agensi bantuan kerana menyebarkan maklumat palsu kerana berpihak kepada Rohingya. 

LAPORAN BERKAITAN:

Tentera Myanmar bunuh 10 kaum Rohingya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts