Pengalaman Mengandung Luar Rahim Amat Menyakitkan, Ini Info Penting Ibu Perlu Tahu!

by Oh! Semput


21
SHARES
274
VIEWS
Posted on 04 Dec 2020 07:02:14

Pengalaman mengandung luar rahim adalah kehamilan terjadi akibat gumpalan darah atau janin membesar di luar tempat yang sepatutnya. Boleh dikatakan 1 daripada 90 kehamilan berdepan masalah ini.

Manakala golongan wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim berisiko tinggi untuk mengalaminya secara berulang. Kehamilan luar rahim ini sangat bahaya dan menyakitkan.

Baca juga: Peritnya Sakit Migrain Ketika Hamil, Bolehkah Ibu Mengandung Ambil Ubat Panadol? 

Pengalaman mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik

hamil luar rahim

credit to sources

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil sebagai ectopic pregnancy. Ectopik adalah bermaksud ‘di tempat yang salah’. Dalam kebanyakan kes kehamilan luar rahim, hampir 95 peratus implantasi berlaku dalam tiub fallopian dan sebab itulah ia dikenali sebagai kehamilan tiub (tiub pregnancy).

Apabila ia semakin berkembang berupaya membuatkan ibu berasa sakit dan mungkin mengalami pendarahan. Jika dibiarkan, tiub falopio ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan organ dalaman.

Ia merupakan masalah yang serius dan berpotensi meragut nyawa. Biasanya kehamilan ektopik ini tidak akan bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim dan digugurkan sepenuhnya.

Tanda-tanda mengandung di luar rahim terjadi

Pengalaman mengandung luar rahim biasanya dapat dikenalpasti di antara minggu ke-4 dan ke-10. Ia akan menunjukkan tanda-tanda lebih kurang 2 minggu selepas anda tidak datang haid.

Setiap wanita akan mengalami masalah ini dengan gejala yang berbeza-beza. Ada yang tidak berdepan simptom langsung, ada yang mempunyai pelbagai simptom. Antaranya ialah:

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kadang-kadang sakit ini datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.
  2. Berlaku pendarahan pada alat kelamin/ vagina. Anda mungkin menyedari keluarnya tompokan darah atau mengalami pendarahan yang bukan seperti haid normal. Warnanya mungkin lebih gelap daripada biasa dan cair (ada yang mengatakan ia seperti jus prune).
  3. Sakit pada bahu (shoulder tip pain). Ia boleh terjadi disebabkan oleh darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. Anda boleh mengalami sakit perut teramat dan pengsan secara tiba-tiba kerana tubuh kehilangan banyak darah. Jika ini berlaku, segera ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
  4. Berpeluh dan terasa seperti hendak pengsan.
  5. Masalah cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  6. Sakit pada bahagian hujung bahu. Ini boleh berlaku sekiranya pendarahan dalaman menganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).
kehamilan ektopik

credit to sources

Penyebab seseorang wanita hamil di luar rahim

Proses persenyawaan biasanya mengambil masa 5 hingga 6 hari untuk bergerak melalui tiub fallopian dari ovari ke rahim dimana ia akan menempel dan berkembang. 

Biasanya ia berlaku berpunca akibat tiub berkenaan mengalami kerosakan sehingga ia tersumbat atau sempit. Seterusnya akan menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya dengan baik.

Justeru, ia akan terimplan di dinding tiub dan bukannya dinding rahim. Antara wanita yang berisiko mengalami kehamilan ektopik ini ialah:

  • Perokok
  • Pernah mengalami pengalaman mengandung luar rahim
  • Pernah menjalani pembedahan di bahagian perut seperti pembedahan apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio
  • Pernah menghidap penyakit radang pelvik yang disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia sehingga menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.
  • Mengalami endometriosis tiub. Anda berisiko tinggi kerana keadaan ini meningkatkan risiko calar dan luka tiub falopio.
  • Mengandung melalui kaedah IVF. Anda perlu melakukan imbasan awal bagi melihat dimana embrio telah diimplantasi.

Adakah masalah ini berupaya menjejaskan kesuburan?

punca kehamilan luar rahim

credit to sources

Jawapannya adalah ya. Ia berpotensi untuk berlaku sekiranya:

#1. Tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.

#2. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk. Kebarangkalian untuk hamil lagi adalah kurang. Terutamanya jika tiub yang satu lagi turut terjejas akibat endometriosis atau PID. Justeru dalam kes ini sama ada ia lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, ia bergantung kepada diri anda sendiri.

Lebih kurang 65 peratus wanita yang mengalaminya berupaya untuk mengandung lagi dalam tempoh 18 bulan selepas berdepan pengalaman hamil luar rahim. Namun sekiranya kedua-dua belah tiub falopio telah rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF.

: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts