Pengalaman 30 Tahun CelcomDigi Memacu Strategi 5G DNB

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 01 Oct 2026 11:00:19

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) mengukuhkan kedudukannya dalam kepimpinan 5G negara selepas Digital Nasional Berhad (“DNB”) menyempurnakan pembiayaan bernilai RM5.2 bilion.

Ini turut disokong oleh penganugerahan spektrum 5G jangka panjang serta kemajuan dalam pemindahan pegangan saham Kementerian Kewangan (Diperbadankan) kepada pemegang saham syarikat telekomunikasi (MNO).

Pencapaian penting ini sekali gus memberi kepastian dari segi kewangan, spektrum, dan pemilikan yang membolehkan CelcomDigi memanfaatkan skala rangkaian untuk meningkatkan kecekapan kos dan pengalaman pelanggan meliputi pengguna awam dan sektor perusahaan.

Selain itu, penganugerahan spektrum 200MHz jalur pertengahan untuk tempoh 15 tahun daripada DNB menyediakan kepastian jangka panjang untuk Celcomdigi merancang pelaburan secara berkesan. 

Apabila pemindahan saham selesai, pemegang saham MNO akan memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju strategik dan operasi DNB.

CelcomDigi menegaskan, mereka sebagai pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dengan lebih 20.3 juta pengguna, bersedia menyumbang pengalaman telekomunikasi selama lebih 30 tahun.

{suggest}

Pengalaman 30 Tahun CelcomDigi Memacu Strategi 5G DNB WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts