12.12 Shopee Voucher

Penganjur Tokyo 2020 pertimbangkan pusat kawalan virus bagi Olimpik

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Oct 2020 09:01:01



KONGSI ARTIKEL

TOKYO: Para penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pegawai Jepun menyatakan pada Selasa (27 Okt) mereka mungkin akan menubuhkan sebuah pusat kawalan penyakit berjangkit di Sukan Olimpik tahun depan yang telah ditangguhkan akibat pandemik, sedang mereka membahaskan bagaimana acara itu boleh diadakan dengan selamat.

Dinamakan Pusat Pengawalan Penyakit Berjangkit Jawatankuasa Penganjur buat sementara ini, ia akan menyelaraskan tugas berat menguji dan mengesan jangkitan serta mengatur pengasingan dan rawatan bagi sesiapa yang dijangkiti COVID-19.

Pasukan bertindak itu terdiri daripada penganjur acara, pegawai bandar dan wakil kerajaan yang ditugaskan untuk membangunkan garis panduan bagi menganjurkan acara antarabangsa besar-besaran itu dengan selamat pada tahun depan, dengan pandemik itu berkemungkinan masih terus berleluasa di seluruh dunia.

Mesyuarat pada Selasa itu menumpukan kepada langkah-langkah kesihatan dan kebersihan untuk para atlit, kakitangan sokongan, penonton dan media.

Kumpulan itu menyarankan sebuah pusat kesihatan khusus untuk menguji dan merawat kes virus, termasuk klinik demam dan pusat pengujian, dikendalikan oleh para pakar perubatan dan berasingan daripada klinik dan hospital bandar.

Dokumen yang dikeluarkan selepas mesyuarat pada Selasa menunjukkan bahawa pihak penganjur juga mempertimbangkan pelbagai langkah tambahan kesihatan, termasuk mengasingkan tempat penginapan untuk para atlit dengan jangkitan tanpa gejala, dan mengenalpasti hospital-hospital luar untuk rawatan kes serius.

Banyak persoalan yang masih belum terjawab, termasuk cara untuk menangani kes-kes tanpa gejala, dan sama ada kontak rapat pesakit akan dilarang daripada menyertai latihan dan acara.

- AFP/TQ/tq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News