Pengantin wanita bersanding bersama dua ‘suami’ undang reaksi netizen

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 12 Feb 2024 04:31:24

Seorang wanita didakwa berkahwin dua selepas klip video memaparkan dia berada di pelamin bersama dua lelaki tular di media sosial Indonesia, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video memaparkan tiga individu lengkap memakai busana pengantin itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mua_rahmawati.

Netizen kemudian mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua suami.

Pengantin wanita bersanding bersama dua 'suami' undang reaksi netizen

Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun tersebut, Rahmawati yang menjadi jurusolek semasa majlis tersebut.

Menurut Rahmawati, kejadian berlaku di Jawa Timur pada 20 Januari lalu.

“Saya ditempah menjadi jurusolek untuk majlis tersebut. Ketika sesi bergambar, tiba-tiba bapa saudara mempelai datang ke pelamin dengan memakai baju pengantin,” katanya.

@mua_rahmawati Samawa ya dek Masya Allah #muarahmawati #muawaru #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdonggggggg #maduraviral #madura #tiktokviral #tiktokindonesia #trendingvideo ♬ suara asli – Dedek Intan

Jelas Rahmawati, bapa saudara pengantin mahu merakam gambar bersama anak saudaranya.

“Saya rakam video tersebut ketika bapa saudara pengantin datang sendirian. Kemudian isterinya datang juga dengan memakai baju pengantin.

“Alasan bapa saudaranya berbuat sedemikian adalah kerana dia dan isterinya tidak mempunyai gambar kahwin. Jadi mereka ingin bergambar selepas majlis anak saudaranya,” katanya.

BACA:Haiza dedah gaji sebenar jadi DJ Radio tak pernah cecah pun puluhan ribu

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts