Pengasas Foxconn Terry Gou Mengatakan Dia Menerima Mandat Daripada Dewi Laut Untuk Menjadi Presiden Taiwan

by Oh! Semput


HOME Posted on 17 Apr 2019 14:03:26


Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang dikatakan menerima mandat dari langit untuk memerintah negara tersebut untuk sekian lamanya.

Terkini, salah seorang daripada pengasas syarikat pembina peranti Foxconn, Terry Gou mengatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatan di syarikat tersebut untuk bertanding didalam pilihan raya Taiwan yang akan datang untuk menjadi presiden negara tersebut.

Menurut Terry, beliau didekati oleh seorang dewi laut yang bernama Mazu telah mendekatinya didalam mimpi, dan memberitahunya untuk memperbaiki perhubungan diantara China dan Taiwan.

Terry Gou berkata lagi bahawa beliau akan cuba untuk menjadi wakil untuk parti Kuomintang sewaktu pilihan raya Taiwan pada tahun 2020 kelak. Parti Kuomintang ialah sebuah parti politik yang lebih terbuka untuk menerima China sebagai rakan kongsi.

Bagi Terry, jika dipilih sebagai wakil parti tersebut, beliau dikatakan akan menerima sokongan yang kuat, terutamanya oleh mereka di China, kerana betapa besarnya pengaruh syarikat tersebut di arena pembinaan peranti di sana.

Jika tidak dipilih, beliau berkata bahawa beliau akan menghormati pilihan parti tersebut, dan akan membantu sebaik-baiknya sesiapa yang dipilih untuk menjadi wakil sewaktu pilihan raya kelak.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...