Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara, kata pengusaha

by Oh! Semput


11
SHARES
147
VIEWS
Posted on 27 Nov 2023 15:00:31

PENGECUALIAN visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam dijangka memberikan rangsangan kepada industri pelancongan negara.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) Mohd Khalid Harun berkata keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.

“Mata menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan keputusan itu yang akan memudahkan kemasukan bebas visa bagi warga China, India, Jordan dan Turki bermula 1 Disember,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata negara berkenaan mempunyai populasi yang besar dan memudahkan kemasukan mereka ke Malaysia sudah pasti akan menarik kemasukan jumlah pelancong yang ketara.

“Dengan menghapuskan keperluan visa, Mata berharap dapat memanfaatkan potensi besar pasaran ini sekali gus memberi faedah ekonomi dalam sektor pelancongan daripada hotel dan restoran hingga kepada peruncitan dan pengangkutan. 

“Selain itu, dijangkakan peningkatan perbelanjaan pelancong akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan industri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kelonggaran prosedur kemasukan ke Malaysia akan menggalakkan lebih ramai pelancong menerokai pelbagai keunikan yang ada dalam negara seperti warisan budaya dan landskap yang menarik.

Khalid berkata kerajaan juga sudah tentu akan melaksanakan langkah keselamatan yang teguh untuk memastikan keselamatan rakyat dan pelawatnya demi menyediakan persekitaran yang mesra untuk pelancong.

Semalam, Anwar mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat strategic partnership hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.

Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat. – Bernama, 27 November, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts