Kuo: Pengeluaran iPhone 14 Tidak Akan Terjejas Biarpun Konflik China Dan Taiwan

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 12:00:15

Menjelang pelancaran siri iPhone 14, ura-ura sebelum ini mengatakan acara tersebut mungkin akan ditangguhkan, berikutan ketegangan politik yang berterusan antara China dan Taiwan.

{suggest}

Terkini, penganalisis Ming-Chi Kuo telah menyangkal dakwaan tersebut. Melalui ciapan di Twitter, beliau sedia maklum sesetengah pelabur bimbang jika jadual pengeluaran iPhone 14 mungkin terjejas disebabkan faktor geopolitik.

Namun, tinjauan Kuo menunjukkan sebaliknya, di mana perkara berkenaan tidak akan menjejaskan rantaian bekalan model iPhone 14 setakat ini. Ini bermakna, buat masa ini jadual pengeluaran dan pelancaran iPhone 14 masih berada di landasan yang betul.

https://twitter.com/mingchikuo/status/1557028032237686784

Terdahulu, Mark Gurman dari Bloomberg juga melaporkan Apple sudah mula membuat pra-rakaman sebagai persediaan untuk pelancaran iPhone 14 pada September depan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts