Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 30 Oct 2026 04:00:15

Google memperkenalkan fungsi baharu dalam aplikasi Gemini yang membolehkan pengguna menjana, melihat pratonton dan menyunting pelbagai jenis fail secara terus dalam ruang sembang.

Antara jenis fail yang disokong termasuk dokumen, PDF, pembentangan, spreadsheet dan kod. Selepas fail dijana, pengguna boleh membukanya dalam paparan skrin penuh untuk membuat suntingan sendiri.

Pengguna juga boleh menandakan (highlight) bahagian teks tertentu untuk mengemukakan soalan atau meminta Gemini memperkemas kandungan, termasuk membuat perubahan pada teks dan elemen visual.

 

Ketersediaan

Menurut Google, fungsi ini kini tersedia kepada semua pengguna dalam semua bahasa yang menyokong aplikasi Gemini.

Fungsi pratonton dan penyuntingan PDF boleh digunakan melalui versi web serta aplikasi mudah alih, manakala fail Google Docs, Google Sheets, Markdown, TXT, pembentangan dan kod hanya disokong melalui versi web.

{suggest}

Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts