Pengguna ChatGPT Versi Percuma Di Eropah Akan Mula Melihat Iklan Minggu Depan

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 07:30:14

Pengguna ChatGPT versi percuma dan pakej kos rendah di Eropah akan mula melihat paparan iklan bermula 24 Ogos ini, berikutan langkah pembangunkannya, OpenAI, memperluaskan pelan untuk menjana lebih banyak hasil daripada model kecerdasan buatan (AI) tersebut.

Selepas melancarkan paparan iklan di Amerika Syarikat pada Februari lalu, OpenAI kini memberi akses kepada pengiklan untuk menjangkau pengguna di 31 buah negara di seluruh Eropah, kata syarikat itu lewat Selasa.

Syarikat pembuat ChatGPT itu kini sedang mengaplikasikan penggunaan dana yang besar ketika ia bersedia untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang mungkin bernilai hampir $1 trilion.

Ia memerlukan dana untuk bersaing dengan saingannya di AS, Anthropic, serta model AI berkos lebih rendah dari China.

 

“Perluasan ini memberi pengiklan di seluruh Eropah cara baharu untuk menjangkau pengguna ketika mereka sedang aktif meneroka, membuat perbandingan, dan membuat keputusan,” kata OpenAI.

Iklan akan ditambah pada perkhidmatan percuma serta langganan ‘Go’ di Eropah yang bernilai lapan euro ($9.30) sebulan.

Hanya sebahagian kecil daripada hampir satu bilion penggunanya yang membayar untuk perkhidmatan langganan premium, yang akan kekal bebas daripada sebarang iklan.

Pengkritik berpendapat OpenAI berdepan risiko di mana pengguna mungkin mula hilang kepercayaan terhadap kandungan ChatGPT sekiranya mereka merasakan jawapan yang diberikan telah dipengaruhi oleh pengiklan yang mahu mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, Anthropic menjadikan ikrar mereka untuk kekal bebas iklan sebagai alat pemasaran utama.

Dalam satu kenyataan, OpenAI menegaskan bahawa sesi perbualan adalah sulit daripada pengiklan dan tiada data pelanggan yang akan dijual.

Ia turut menambah bahawa “Iklan dalam ChatGPT sentiasa dilabelkan dengan jelas dan diasingkan daripada jawapan ChatGPT, serta pengiklanan tidak mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh ChatGPT.” – AFP

{suggest}

Pengguna ChatGPT Versi Percuma Di Eropah Akan Mula Melihat Iklan Minggu Depan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts