Pengguna Tak Puas Hati, SK Hynix Dilapor Tawar Bayaran Balik Ganti SSD Pada Harga Terendah

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 17 Aug 2026 07:30:15

SK Hynix kini berdepan masalah besar apabila stok SSD gantian untuk tuntutan waranti dilaporkan semakin berkurangan.

Akibatnya, syarikat itu terpaksa menawarkan bayaran balik kepada pelanggan yang membuat tuntutan.

Namun, polisi waranti menetapkan bayaran balik berdasarkan harga asal pembelian atau nilai pasaran semasa—mana yang lebih rendah.

Situasi ini menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan pengguna yang terjejas kerana harga SSD melonjak tinggi akibat kekurangan bekalan global.

Ramai pelanggan mendapati jumlah bayaran balik tidak mencukupi untuk membeli semula SSD setara pada harga pasaran sekarang.

Contohnya, seorang pengguna Reddit melaporkan menerima bayaran balik penuh mengikut harga asal, tetapi jumlah itu jauh daripada kos menggantikan SSD yang rosak.

Model popular seperti Platinum P41 dan P51 dilaporkan hampir berganda harganya sejak krisis bermula.

Isu ini bukan hanya menjejaskan SK Hynix. Pengeluar lain seperti Micron dan Samsung turut berdepan cabaran sama, walaupun pendekatan mereka berbeza. Samsung, misalnya, pernah menawarkan bayaran balik mengikut nilai pasaran semasa, sekali gus lebih adil kepada pelanggan.

Krisis ini sekali gus mendedahkan kelemahan sistem waranti yang merugikan pengguna ketika harga memori melonjak.

{suggest}

Pengguna Tak Puas Hati, SK Hynix Dilapor Tawar Bayaran Balik Ganti SSD Pada Harga Terendah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts