Pengguna jalan raya merungut jalan sesak luar biasa di Lembah Klang sejak akhir-akhir ini

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 21 May 2022 04:30:55

viral

Pengguna jalan raya merungut jalan sesak luar biasa di Lembah Klang sejak akhir-akhir ini

KEKASIH GELAPMU

Jika di musim perayaan, negara kita memang tidak dapat dipisahkan dengan kesesakan lalu lintas. Orang ramai tidak merungut kerana fenomena ini adalah perkara biasa dan kesesakan lalu lintas juga menjadi penyumbang kepada kemeriahan terutamanya kepada perantau yang ingin pulang ke kampung bertemu dengan orang tersayang sambil ditemani dengan lagu-lagu raya mengimbau nostalgia.

Namun baru-baru ini, laman media sosial dibanjiri dengan keluhan dan rungutan dari orang ramai yang mengatakan mereka terpaksa mengadap kesesakan di jalan raya yang luar biasa terutamanya di sesetengah kawasan sekitar Lembah Klang sejak awal pagi.

Menerusi artikel yang dipetik dari portal odisi, sejak negara kita beralih ke Fasa Peralihan Endemik pada 1 April lalu, jalan raya mula dipenuhi dengan pelbagai kenderaan susulan pembukaan sektor ekonomi dan kembalinya pekerja ke pejabat.

Menerusi ciapan pengguna Twitter, masjuju memaparkan satu rakaman kesesakan jalan raya sekitar selepas tol batu 11 Cheras.

“Ni lepas tol batu 11 Cheras, 6.40 pagi. Gila.”

Melihat maklum balas pertanyaan netizen, masjuju mengatakan dia terperangkap dalam kesesakan itu sekurang-kurangnya selama 30 minit.

Seorang lagi pengguna Twitter, @SyedAkramin pula meluahkan kesesakan jalan raya juga berlaku pada pukul 9 pagi.

“Kalau pukul 5.30 pagi jem, saya faham. Ini pukul 9 pagi pun jem juga. Apa bendanya?”

Orang ramai yang keluar bekerja sebelum matahari naik merasa lelah kerana perlu berhadapan dengan situasi ini setiap hari.

Rata-rata mendakwa punca kesesakan jalan raya kembali meningkat adalah disebabkan polisi syarikat yang memperuntukkan para pekerja datang ke pejabat walhal pernah melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR).

“Awal yang bagaimana nak kami keluar bekerja? Kita sudah lama tiada keseimbangan dalam pekerjaan.

“Balik lambat sebab nak elak sesak, keluar awal sebab nak elak sesak. Akhirnya, kita hanya menua dalam kereta dan atas jalan. Kita adalah hamba kerja.

“Tidakkah kita belajar daripada COVlD? BDR sebenarnya berhasil. Tak perlu hadap sesak, kelam-kabut nak clock in semata-mata tak nak merah.

“Ia sangat mengecewakan,” tulis @SyazanaMI.

Bukan itu sahaja, senario yang memerlukan keluar rumah awal pagi untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan lewat masuk kerja juga menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kurang perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja.

Dalam pada itu, para pekerja mengharapkan masalah ini sampai ke pengetahuan majikan untuk mencari jalan terbaik bagi mengurus keseimbangan dalam pekerjaan.

: Odisi.my

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts