Penghantaran Ubat Melalui Pos Dikecualikan Bayaran Berkuat-kuasa 1 Oktober 2026

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 27 Sep 2026 07:00:29

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sedia menawarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos, membolehkan para pesakit untuk memohon agar ubat dihantar terus ke rumah, dan penghantaran yang dihantar melalui Pos Laju ditanggung oleh pesakit. Segala proses berkaitan hal ini diuruskan melalui aplikasi khusus dinamakan MyUBAT KKM.

Namun, kini bermula 1 Okttober 2026, melalui kerjasama pihak KKM dan juga SKMM (yang menguruskan kurier), kini menyatakan ccaj penghantaran berkenaan akan dikecualikan sepenuhnya, sekaligus membolehkan pesakit menerima ubat di rumah secara percuma.

Untuk tujuan ini, SKMM memperuntukkan sebanyak RM5 juta, dalam membantu Kementerian Kesihatan melaksanakan inisiatif di seluruh Malaysia. Langkah ini akan memudahkan pesakit menerima bekalan ubat tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan, sekaligus pada masa yang sama mengurangkan kesesakkan di fasiliti kesihatan.

Pada masa yang sama, kerajaan turut sedang meneliti sokongan penghantaran ubat melalui dron di kawasan luar bandar, dan sekiranya sesuai ia dijangka menjadi satu lagi perkhidmatan tambahan kepada rakyat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts