12.12 Shopee Voucher

“Satu penghormatan bila Kak Aishah nyanyi lagu saya.” -Siti Nurhaliza

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Nov 2020 11:31:28



Bahang hari kedua Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) masih lagi terasa. Dengan penampilan hebat lagu-lagu popular dan juga artis ternama Malaysia, ia telah memberi impak yang pelbagai di media sosial.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu pengganti yang menyanyikan lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjaya layak ke SFMM35 ini.

Akhirnya teka-teki terjawab apabila penyanyi lagenda, Aishah telah membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Shiha Zikir menyampaikan lagu 7 Nasihat berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Menerusi Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana sudi menyanyikan lagu beliau.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu pengakuannya yang dahulu kerap menyanyikan lagu-lagu Aishah terutamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian.

“Terima kasih Kak Aishah sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa saya belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.” Ujarnya.

alt

Kali ini merupakan satu penghormatan besar buatnya apabila penyanyi idolanya sendiri sudi menyampaikan lagu ‘berhantu’ beliau tahun ini di pentas berprestij terbabit.

“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya. All the best kak!” Tambah TokTi.

alt

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyampaikan kad ucapan buat Aishah, Shiha, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi memberi semangat kepada mereka yang melangsungkan persembahan pada SFMM35 itu.

Pada malam kedua semi final sebelum Anugerah Juara Lagu 35 berlangsung, lagu 7 Nasihat telah dinobatkan sebagai lagu terbaik. Dan ini sekali gus melayakkan lagu tersebut ke pentas AJL yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

: TV3, ctdk

's

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News