Unit Penguatkuasaan Kerajaan Pahang Ambil Alih Kawasan Tanaman Durian Haram Di Raub

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 11 Aug 2020 15:01:16

KUANTAN - Unit Penguatkuasaan Kerajaan Pahang akan mengambil alih semua kawasan tanaman durian dan lain-lain tanaman yang ditanam secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan keputusan kerajaan negeri yang hanya memberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan kepada syarikat usahasama kerajaan negeri sahaja.

Menurutnya, selepas tarikh itu pos-pos kawalan akan dibina dan pihak yang dibenarkan sahaja boleh memasuki kawasan tersebut.

Katanya, pihak yang didapati menceroboh akan diambil tindakan termasuk didakwa atau tindakan memusnahkan tanaman yang difikirkan perlu.

"Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini dan pencerobohan akan diambil tindakan mengikut undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965.

"Jika disabitkan kesalahan pihak terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu bagi pencerobohan di dalam kawasan hutan simpan, penceroboh boleh didakwa mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri memandang serius isu penerokaan dan penanaman durian di atas tanah kerajaan dan hutan simpan yang masih berleluasa serta berlanjutan hingga sekarang.

"Tindakan tegas diambil bagi menangani segera isu penanaman durian haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman durian terus bertambah di kawasan tersebut," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Menurutnya, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.

Isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram itu sebelum ini dibangkitkan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dalam Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts