Pengundi DUN Kuala Sentul Masih Memerlukan Khidmat YB Dato' Ha

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 17 Mar 2018 18:00:31


MARAN: Khidmat Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin (Dato' Ha) sebagai Ahli Frwan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul dekat sini masih diperlukan oleh penduduk setempat. 

Rata-rata penduduk Felda Jengka 2 yang ditemui krew PDO mendakwa Shahaniza adalah wakil rakyat yang benar-benar memahmi kehendak pengundi di kawasan itu.

"YB Dato Ha rajin turun padang walau pun di exco, dia amat dekat dihati rakyat di sini. Malah beliau sering mendengar suara rakyat dan turun padang tidak kira masa untuk bersama rakyat dalam berbagai aktiviti setempat", kata seorang penduduk.

"Beliau mudah didampingi dan tidak terlalu protokal. Inilah yang menyebabkan pengundi di sini amat menyayangi dan mahu beliau di kekalkan bertanding di DUN Kuala Sentul", katanya lagi.

Shahniza kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Desas-desus mengatakan beliau akan dihantar bertanding ke kerusi lain sebelum ini amat mengelisahkan pengundi di sini. 

"Kami bertuah kerana dapat bersama YB dalam apa jua situasi, besar harapan agar Dato' Ha dikekalkan bertanding di DUN Kuala Sentul", tambah kenyataan itu lagi.

Shahaniza mempertahankan kerusi DUN Kuala Sentul dengan majoriti 3,293 undi pada PRU13 lalu. Beliau mendapat 6,901 undi  mengalahkan calon PKR, Mohamad Razali Ithnain yang hanya mendapat 3,608 undi. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts