Peniaga Naikkan Harga Santan Berdepan Tindakan

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 13:00:59

LARUT – Peniaga kelapa yang didapati menaikkan harga santan segar dengan sewenang-wenangnya akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hari ini sebarang proses kenaikan harga perlu diberi penilaian sewajarnya tanpa memberi kesan buruk kepada pengguna.

Anggota Parlimen Larut itu bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung Persatuan Anak-Anak Sungai Bayor Selama Perak kali ke-3 dan Pembukaan Madrasah Al-Yamani Cawangan Sungai Bayor di Selama dekat sini.

Beliau diminta mengulas isu kenaikan harga kelapa minggu lalu yang mencecah sehingga RM2.20 sebiji sehingga menyebabkan kenaikan harga santan segar hingga RM9 sekilogram. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts