by Oh! Semput

Menurut Terminal Bersepadu Selatan (TBS):
Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan anggota keselamatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pihak pengurusan TBS memandang serius terhadap perkara tersebut.
Untuk makluman, tindakan tegas telah diambil terhadap anggota keselamatan yang terlibat. Individu berkenaan telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta selepas siasatan dalaman selesai dijalankan.
Pihak pengurusan TBS sentiasa komited dalam memastikan tahap disiplin, integriti, dan profesionalisme anggota keselamatan sentiasa dipatuhi pada tahap tertinggi demi menjaga keselamatan, keselesaan, serta keyakinan para pengguna terminal.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi lanjut yang boleh mengganggu keharmonian serta ketenteraman awam.
Kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak amatlah dihargai.
SUMBER: