Cari penjemur 'kulit kucing'

by Oh! Semput


1
SHARES
18
VIEWS
Posted on 15 Aug 2020 16:00:56

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) meminta pemilik kereta Perodua Axia tampil memberi penjelasan berhubung kulit dan kepala kucing dipercayai dilapah yang dijemur di atas kenderaan itu, baru-baru ini.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kerjasama pemilik kenderaan berwarna kuning itu amat diharapkan kerana pihaknya belum mendapat maklumat terperinci berkaitan kes berkenaan.

Katanya, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat diminta tampil memberi kerjasama bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Buat masa ini, kita hanya ada rekod nombor pendaftaran kereta dan maklumat ringkas yang memaklumkan kejadian itu dipercayai berlaku di utara tanah air.

"Namun, tiada maklumat lain diterima dan tidak dapat dipastikan sama ada kulit kucing lengkap berkepala itu adalah hasil lapahan daripada kucing yang sudah mati atau dibunuh terlebih dulu.

"Cuma, berdasarkan gambar yang tular menunjukkan kulit haiwan itu dalam keadaan baik. Ada kemungkinan pelaku mahu menjadikannya sebagai kostum atau barangan perhiasan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Arie, kejadian seumpama itu banyak berlaku di luar negara, tetapi kali pertama dilaporkan kepada Animal Malaysia.

"Belum pernah terjadi di Malaysia yang memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015 insiden menjadikan lapahan kulit dan bulu kucing lengkap berkepala sebagai hiasan sama ada untuk diri, kediaman, kenderaan atau hiasan meja.

"Lagipun, masyarakat kita khususnya pencinta haiwan tidak menerima sebarang bentuk cubaan atau kegiatan seumpama itu kerana bertentangan dengan moral dan budaya negara ini," katanya.

Terdahulu, tular di laman soaial mengenai penemuan jemuran bulu kucing lengkap dengan kepala di atas kereta itu yang diparkir di hadapan sebuah premis.

Gambar itu mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan warganet dengan majoritinya meluahkan rasa marah jika pelaku sengaja melakukannya walau dengan apa niat sekalipun.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts