by Oh! Semput
Images
KONGSI ARTIKEL
SINGAPURA: Penjualan yang dicatatkan kedai-kedai bunga tempatan mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus pada musim Tahun Baru Cina sekarang.
Lazimnya musim tersebut didakwa membawa keuntungan yang lumayan.
Namun ramai penjual menyalahkan pandemik COVID-19 yang menyebabkan kos-kos penghantaran meningkat dan bekalan berkurangan.
Para penjual kini menghadapi cabaran untuk membawa masuk bekalan dari Malaysia dan China.
Akibatnya, bekalan dari Malaysia jatuh 20 peratus manakala kos penghantaran dari China pula meningkat tiga kali ganda.
Bagi para penjual, menyerap kos yang tinggi mungkin cara yang terbaik untuk mengekalkan pelanggan.
Ada segelintir pula yang harus mengurangkan jualan kerana bekalan yang tidak mencukupi.
Tanaman yang dulu popular kini tidak lagi laku.
Disebabkan kurangnya syarikat yang membeli tanaman untuk menghiasi pejabat, permintaan bagi tanaman lebih kecil bagi rumah pula semakin meningkat.
- CNA/NZ/na
KONGSI ARTIKEL