Penyamaran jadi perempuan gagal, militan ISIS ditahan

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 23 Jul 2017 10:01:03

MILITAN ISIS dikesan memakai pakaian wanita dalam usaha untuk melarikan diri dari Mosul, bandar yang kini ditawan tentera Iraq selepas pertempuan selama sembilan bulan.

Penyamaran jadi perempuan gagal, militan ISIS ditahan

Penyamaran jadi perempuan gagal, militan ISIS ditahan

Cubaan lelaki itu bagaimanapun gagal kerana dia tidak mencukur misai dan jangutnya, walaupun wajahnya penuh dengan solekan.

Menerusi gambar yang diedarkan tentera Iraq selepas militan itu ditahan, wajah lelaki itu penuh dengan bedak, kelopak matanya pula disolek unggu, dicelak dengan gincu merah menyala pada bibirnya.

Bagaimanapun jambang dan misainya dengan kening yang tebal telah menggagalkan cubaannya untuk melarikan diri.

Gambar lain pula menunjukkan lelaki itu memakai pada baju dalam bagi menyerlahkan penyamarannya sebagai wanita.

Penahanan militan ini bukan yang pertama, malahan sebelum ini tentera Iraq pernah menangkap beberapa lelaki yang juga menyamar sebagai wanita semata-mata untuk cuba meninggalkan Mosul.

: Mstar

Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts