Penyampai radio ketawakan guru letak jawatan

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 23 Feb 2021 14:01:01

Penyampai radio Muhammad Yusuf Shukri mengaku salah kerana mentertawakan kemampuan bahasa Inggeris seorang guru di saluran televisyen. — Foto ihsan Instagram/Susup
Penyampai radio Muhammad Yusuf Shukri mengaku salah kerana mentertawakan kemampuan bahasa Inggeris seorang guru di saluran televisyen. — Foto ihsan Instagram/Susup

PETALING JAYA, 23 Feb — Teruk dikecam orang ramai kerana mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru di media sosial, penyampai radio Muhammad Yusuf Shukri dilaporkan meletak jawatan.

Memetik laporan berita The Star, Muhammad Yusuf melepaskan jawatannya pada semalam.

Sebelum ini, Muhammad Yusuf dikecam orang ramai selepas mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

Sedar akan kesilapannya, Muhammad Yusuf kemudian memohon maaf kepada guru tersebut yang merupakan tenaga pengajar di sebuah saluran televisyen pendidikan.

Katanya, tindakan itu adalah keterlaluan yang mana ia melibatkan maruah seorang pendidik.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts