TNB: Penyelenggaraan Pencawang Perlu dan Kritikal

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 19 Dec 2016 08:01:10

TNBFoto oleh FMT

Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak boleh menangguhkan penyelenggaraan di pencawang Bukit Badong yang membekalkan elektrik ke loji rawatan air Sungai Selangor.

Penyelenggaraan tetap akan dilakukan walaupun  terdapat gesaan pihak tertentu  untuk menangguhkan rancangannya ke tarikh lain seperti selepas perayaan Hari Krismas depan bagi mengurangkan kesan kepada kira-kira 3.9 juta isi rumah dan perniagaan di Lembah Klang.

TNB menegaskan bahawa ia mahu melaksanakan penyelengaraan sebelum ini, tetapi ia menunda proses itu ke akhir tahun atas “keputusan bersama”.

Kerja menaik taraf pada pencawang di Kuala Selangor sepatutnya bermula pada 27 Sept, tetapi syarikat-syarikat air Selangor tidak bersetuju, kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab Rahman berkata keputusan untuk menjalankan kerja-kerja yang bermula hari ini telah diputuskan secara kolektif dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semasa mesyuarat pada 31 Okt 2016.

Selain daripada SPAN, beliau berkata, wakil Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd turut hadir.

Roslan berkata, pihak berkuasa air, yang juga pelanggan TNB, pada awalnya meminta untuk menangguhkan kerja-kerja naik taraf tersebut.

“Syarikat-syarikat ini akan mengkaji penggunaan air sebelum mencadangkan tarikh baru.

“Mereka lebih arif tentang permintaan (bekalan air).

“Oleh itu, mereka mencadangkan tarikh baru dan kami bersetuju,” katanya pada sidang media selepas tindak balas awam yang meluas di media sosial berhubung keputusan untuk menutup pencawang itu kira-kira seminggu sebelum Krismas.

Roslan berkata bahawa penyelenggaraan pencawang itu adalah demi kepentingan pengguna dan memastikan bekalan air yang berterusan dari loji rawatan air, yang memerlukan elektrik.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 akan tidak akan beroperasi semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. Gangguan bekalan air ini boleh berlaku sehingga Krismas.

Roslan berkata TNB telah memantau keadaan di pencawang secara mingguan dan berpendapat bahawa ia tidak boleh menunda lagi terikh penyelengaraan pencawang tersebut.

“Terdapat risiko kehilangan seluruh pencawang itu dan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk dibetulkan,” katanya.

Beliau berkata TNB akan memastikan kerja-kerja itu dijalankan mengikut jadual, sambil menambah bahawa rancangan luar jangka turut akan disediakan.

“Walaupun penutupan ini akan mengganggu loji rawatan air utama, tetapi bekalan elektrik masih ada.”

Roslan berkata, persoalan mengapa bekalan air akan terganggu selama lima hari itu “lebih sesuai dijelaskan oleh Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd)”.

“Kerja kami di pencawang itu hanya akan mengambil masa 16 jam dan akan ada gangguan bekalan elektrik ke loji-loji rawatan,” katanya.

Naib Presiden TNB (Pengagihan), Datuk Baharin Din berkata pemeriksaan fizikal, termasuk imbasan haba pada Khamis lepas, mendapati dua kawasan panas yang memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan kerosakan besar kepada peralatan.

Selain daripada kerja-kerja penyelenggaraan, Baharin berkata perlindungan arka (perlindungan api untuk peralatan) akan dipasang semasa penutupan.

“Ini akan memastikan keselamatan jangka panjang untuk sistem itu,” katanya.

Baharin berkata TNB sedang bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan untuk memastikan masalah itu tidak berulang semasa kitaran penyelenggaraan seterusnya.

Ini termasuk cadangan untuk membina penjana sandaran untuk loji rawatan air, katanya.

Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng berkata gangguan bekalan air yang tidak dapat dielakkan.

Beliau menegaskan bahawa masa penutupan telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk syarikat-syarikat air di Selangor dan keputusan itu tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Bagaimanapun, ia memang terlalu dekat dengan Krismas dan keadaan ini tidak perlu diulangi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, SPAN telah menggesa semua pihak untuk mengurangkan kesan dan untuk memastikan bekalan air dipulihkan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan berasingan, Syabas meminta orang ramai untuk melawat laman web rasmi (www.syabas.com.my), aplikasi telefon pintar “mySYABAS”, Akaun Facebook “Air Selangor” atau akaun Twitter “air_selangor” untuk jadual bekalan air dan maklumat lain .

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts