Penyelidik Dedah Kelemahan Sistem FIFA, Didakwa Boleh Akses Sistem Kawalan Siaran Piala Dunia

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 18 Jun 2026 04:00:18

Seorang penyelidik keselamatan siber mendakwa menemui kelemahan dalam sistem dalaman FIFA yang membolehkan individu tanpa kebenaran mengakses beberapa platform penting berkaitan siaran Piala Dunia FIFA 2026.

Menurut laporan TechCrunch, penyelidik yang menggunakan nama BobDaHacker berkata beliau hanya mendaftarkan akaun sebagai ejen pemain menerusi platform pendaftaran ejen rasmi FIFA. Menurutnya, kelemahan pada back-end API FIFA tidak mengesahkan sama ada pengguna mempunyai kebenaran yang diperlukan sebelum membenarkan akses kepada sistem dalaman.

Antara sistem yang didakwa boleh diakses ialah platform yang digunakan penyiar untuk mengawal paparan siaran televisyen kepada penonton di seluruh dunia, selain paparan pada skrin pengulas ketika mengendalikan siaran langsung perlawanan.

Dalam catatan blognya, BobDaHacker berkata penggodam berpotensi mengambil alih kawalan semua kamera secara serentak atau memaparkan kandungan yang tidak sepatutnya kepada siaran global sekiranya kelemahan tersebut dieksploitasi.

Beliau memaklumkan kelemahan itu dilaporkan kepada FIFA pada malam Selasa dan isu berkenaan diperbaiki beberapa jam kemudian. BobDaHacker turut mendakwa FIFA tidak pernah membalas atau mengakui laporan yang dihantarnya.

Setakat ini, FIFA masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu.

{suggest}

Penyelidik Dedah Kelemahan Sistem FIFA, Didakwa Boleh Akses Sistem Kawalan Siaran Piala Dunia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts